Wednesday, 26 September 2012

SHORT TRAVEL-KUNAK

Memandangkan cuti 'weekend' lepas takde apa-apa aktiviti, perancangan asal hanya mahu 'lepak-lepak' di 'rumahku syurgaku' (wei along, rumah ko tu rumah bujang jelah. Ape pun tak ada). Tiba-tiba along got a call from Shawn (my friend aka brother) bertanyakan apa aktiviti yang hendak dibuat esok (Ahad). Shawn dan Wak (my juniour aka housemate shawn) bercadang untuk mem'buang' masa, duit dan tenaga pergi jalan-jalan 'area' dekat-dekat sini.  Kebetulan pula, weekend ini along tidak ada jadual untuk bekerja lokum (pharmacist ada buat lokum juga tau, siapa cakap doctor saja ada lokum, tapi untuk yang bekerja di hospital ajelah. Kalu under klinik kesihatan toksah tergedik-gedik nak buat lokum sebab kamu itu office hour..hehehe).  Along bercadanglah juga nak update blog ini di kala Sabtu dan Ahad yang tenang (wei along, takde sapa berminat nak tunggu ko update bloglah, Lainlah macam Fatin Liyana the 'femes' blogger aka medical student, kami semua tertunggu-tunggukan kisah menarik dari dia. Dahlah cumell, bijak, bergaya, cantik, cute,  kiranya complete 'set' gitu). Ini links blogger Fatin Liyana:


Walaupun along tak cumell dan  not so clever girl macam Fatin Liyana, tapi along ada mulut (bibir tebal habaq sat naa), hidung (hidung 'mickey mouse' gitu), pipi (jerawat berkeliaran di sana sini tanpa bagi 'alarm' bila mahu surutnya), mata (sederhana besar) etc., tapi along ini manis juga orangnya (senyuman manis wei habaq mai sat) dan 'medium' clever (sepanjang bergelar student di UiTM Shah Alam/Puncak Alam tak pernah dapat dean list dan tak pernah juga 'gagal' untuk sebarang paper..hahaha)..(Aish along ni ape dia duk merapu sorang-sorang ini, kata mau cerita pasal short travel ke Kunak). 

Baik bah kalu monolog diriku, cerita seterusnya travel ke Kunak pada hari 7 (orang sini panggil Ahad dengan hari 7; Isnin hari-1, Selasa hari-2, Rabu-hari 3 dan seterusnya). Nak dijadikan cerita, kengkawanku janjinya mahu bertolak dari Tawau ke Kunak pukul 6 pagi. Bersiaplah 'cheq' dari 6 pagi lagi selepas solat subuh. Tunggu punya tunggu pukul 8 baru depa mai. Sempat lagi tahu along tolong check slide 'presentation' yang Jas (student pratical) emailkan pagi tu. Sebelum bertolak ke Kunak pergi breakfast dahulu di Restaurant Milah berhampiran rumah. 

Sebelum sampai Kunak, singgah sekejap di Hospital Kunak. Almaklumlah buang apa yang patut.hehehe. Along ini ada syndrom "must urinate after 1-2 hour drinking". Kengkawan sudah cukup mengenali syndrom ini sampaikan menjadi bahan 'seloka di hari raya'. hehehe..(wei along, ko selalu 'hanging out' dengan kaum-kaum lelaki meh?). Disebabkan along ter'dampar' untuk bekerja di Tawau bersama-sama dengan 'university'mate'  lelaki yang kesemuanya dari semenanjung (itulah akibatnya kalau nama pun ala-ala nama 'guy' disangkakan kaum lelaki yang 'kebal' gitu.hahaha), kami di sini sudah menjadi macam satu keluarga (They treat me like their sister, cewahh gitu. We traveled  quite seldom in the past & always gathered with others 'universiti'mate, time itu baru berjumpa dengan member perempuan yg bekerja di sebelah pantai barat Sabah).

Tempat pertama yang ditujui adalah ke pasar ikan Kunak untuk melihat kelainan/keunikannya. (Eh along, Kunak ada keistimewaannya meh??.).Biasalah kalau di tempat orang, orang luar yang mencari untuk melihat keistemewaan di tempat tersebut ('Cheq' pun sama gaks ok, kalau tanya apa yang menarik di Jitra, 'cheq' pun tergagap-gagap mencari jawapannya,,,hehehe). Hendak mengenali Kunak dengan lebih mendalam, sila layari laman web rasmi Pejabat Daerah Kunak. (Walaa wei along, ko siap bagi links tentang Kunak pula. Tahulah sudah mahu dekat pilihanraya kan..dapat komisen meh??..hehehe)..
 

http://www.sabah.gov.my/pd.knk/

Lagi best kalau di'uploadkan' gambar-gambar daripada bercerita. Gambar boleh menceritakan segala-galanya daripada kita membebel yang mungkin boleh memberi salah faham dan penerangan yang tidak betul kepada sesetengah orang lain (walhal malas nak buat essay yang panjang sebab sudah lama meninggalkan 'alam persekolahan'..hehehe). Jom kita saksikan gambar-gambar model-model yang tak cukup syarat menjalankan operasi 'mengenali cara hidup masyarakat lain di bumi Sabah'. 


 Paneh wei~ tengah-tengah hari ke pasar..

 'Junior'nya mengikut langkah perjalanan 'senior'nya...hehehe~

 Apa mau kita beli bah?~...

 Lori-lori pemborong tengah menunggu 'turn' untuk mengisi khazanah-khazanah laut~..

 Salute wei abang-abang ni dengan gagahnya mengangkat bakul-bakul yang berisi ikan~..

 'Sanggar' aka pisang goreng menjadi kemestian orang tempatan~..

 Jom kita terjah jeti ikan Kunak!!!~

 Pendaratan ikan daripada kapal-kapal ikan~..

 Anak-anak tempatan sedang melakukan 'modus operandi'~..

 Inilah model yang tak berbayar sedang berposing di tengah-tengah hari buta..hehehe~

 Alat pengangkutan yang biasa dilihat untuk masyarakat yang menghuni kawasan 'perairan'~..

 Sudah ke pasar ikan, lepas ini kena memasaklah nampaknya~..


 Ikan sembilang yang 'besor-besor'~.

 Ketam-ketam yang masih hidup dan sedang 'berkeliran'.hehehe~

 Beratur kita bah!!! (Cop! aku  di depan sekali na)~

 Antara ikan-ikan yang dijual di sini~..

 Sotong kurita!!. Ingat orang korea saja yang tahu makan sotong ini ke?..Kami di sini pun makan juga tau..hehehe~..

 Ikan 'Jaws' aka ikan jerung~..

Saja meng'gatal'kan diri meng'upload' pic sorang-sorang ala-ala model gitu. Habislah nampak jerawat yang melakukan 'pendaratan' di atas muka..wahwahwah~

 1 'Tampok' bukan 1 'Malaysia' ok~..

 Ikan pari kering~..

Setelah melakukan 'road tour' di pasar ikan Kunak, kami bertanyakan kakak di pasar Kunak tentang tempat-tempat yang menarik di Kunak. Beritahu kakak itu, di sini ada 2 pantai: Pantai Sarina dan lagi satu  pantai yang along lupa namanya (Almaklumlah dah tua.hehehe). Kakak itu bagi tahu pantai Sarina kena melalui Kg Getah. Pergilah kami masuk ke Kg Getah mencari-cari pantai tersebut. Pusing punya pusing last-last kami masuk balik ke Pekan Kunak.hehehe. (Sesuka hati ja kami masuk jalan tanpa bertanyakan orang di situ.. Kononnya yakinlah jalan yang dipilih itu betul).

Akhirnya misi kami telah berjaya walaupun 2 kali kami sesat (Gara-gara masuk 2 jalan  yang salah..hehehe). Sampai saje di Kg Pangi, kami perlu melalui  kawasan kg atas air dulu untuk ke pantai tersebut (kiranya jalan jauh cikitlah). Menurut orang kg di situ lebih senang kalau ikut jalan sekolah yang awal-awal  dilihat tadi tu. (Owh ada dilihat 'time' nak masuk ke kg tadi tu..ok ok pasni dah tau mahu ikut jalan mana nanti..hehehe)
 ok wak, along follow kamu yea. Jangan ko bawa along ke jalan yang 'sesat' lagi naa..huhuhu..(ikut jalan kg Pangi)~

 Rumah atas air~..

 'Rumah atas bot' kaum bajau laut aka pelaut. Sempat buat temubual dengan family kaum bajau laut ini. Asalnya family ini dari Semporna. Setiap 8-10 hari, dyorang 'landing' di kawasan darat untuk mendapatkan keperluan asas~.. 

 Anak kecil family ini takut dengan along. Try nak menyapa terus dia menangis.Terus dia pergi dapatkan ibunya. Tengok di tangan adik ini, alat permainannya 'hidup' tau. Korang ada time 'kecik'kecik' dulu?.. (Adik, kakak bukan mahu buat apa sama kamu bah,,,huhu)~

 'Rumah bot' kaum ini ada burung peliharaan di kurung di sebelah bot tersebut. Tujuaannya untuk dijadikan alat  permainan untuk anak-anak family ini. Perghh semua barang permainan yang anak-anak dyorang main semua yang 'real'.. Hebat wei~..

'Model' yang tak diluluskan oleh sirim mengambil gambar untuk tatapan rakyat jelata..hahaha~

 Pantai Sarina yang berpasir~..

Pantai Sarina yang berbatu~..

Ok, ini sahaja saya melaporkan daripada berita TV 'Along'. Kalau ada cerita yang menarik lagi insyaallah along ceritakan to u all guys. Kepada sesiapa yang rasa menyampah, boleh tukar channel dan kepada  sesiapa yang berminat boleh 'stay tune'...hehehe. Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment