Thursday, 20 September 2012

MULAKAN DENGAN PENDAHULUAN


Ini adalah permulaan untuk memulakan blog. Tidak terfikir untuk memulakan  blog sebelum ini. Tidak pasti apa yang bakal untuk dikongsikan nanti. Mungkin ini lebih kepada diari diri sendiri untuk mengisi kehidupan di kepulauan borneo. Sejak di 'postingkan' ke Tawau pada September 2010 sehingga ke hari ini, kehidupan dilayari dengan memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan untuk kehidupan di dunia dan juga akhirat. Mugkin bosan dengan kehidupan di sini, ingin mencari kelainan pula. Ehm, tidak pasti apa nak diperkatakan atau di'share'kan nanti. Kita tengok jela nanti..~~~~~


Mungkin sudah kekurangan idea, rasanya eloklah memperkenalkan diri dulu. Orang cakap masuk rumah orang kena kenalkan diri dahulu walaupun tuan rumah tidak bertanya. Betul ke tidak?..hehehe. Nama? Nur Shahirul Binti Saidin. Salah taip nama ke minah ni?...Eh, sebenarnya betul nama yang ditaip tu. Abah dan ibu memang berikan nama itu. Macam lelaki kan??...Nanti dalam episod akan datang akan diceritakan kenapa terjadi begitu. Unik kan?...hehehe..Panjang kisahnya. Kalau dipendekkan kisahnya nanti kering pula idea. Nama panggilan / timbangan memang banyak. Tapi yang paling 'femes' adalah 'Along'. Antara yang lain adalah ' Sherull' nama yang cuba digunakan untuk blog ini.  Kalau tidak sesuai mungkin akan ditukar nanti. Kita tengok pada keadaan dan isu-isu semasa. ~_~

p/s: Gambar pertama untuk di'upload'kan..Cuba untuk mencari publisiti..hehehe..Konon-kononnya yang paling cun la..
 

3 comments: