Saturday, 22 September 2012

KEUNIKAN NAMA


Pada post yang pertama ada 'dijanjikan' untuk menceritakan tentang nama penuh along 'Nur Shahirul Binti Saidin'. Kepada sesiapa yang tidak mengenali diri ini (cewahh along ini,, mengenali diri ini pula) pasti mengandaikan pemilik nama ini adalah seorang 'gentlemen'kan. Opss I did it again!!!!..Itu tajuk lagu Britney Spears lorr..hehehe. Opss You did it again!!!. I dah biasa tau orang akan terkeliru dengan nama 'Nur Shahirul', a  guy or a girl? Banyak incidence yang mengelirukan orang ramai disebabkan nama along ini. That's why along jarang menggunakan nama penuh dalam aktiviti-aktiviti harian. Mungkin yang melibatkan perkara-perkara rasmi je kot.hehe..(Owh along, ko tak suka nama ko eh??)..Ehmm, mungkin dulu along 'kureng' berkenan dengan nama ini, tapi semenjak mengenali dunia ini (Owh along, dirimu belum cukup matang lagi hendak mengenali dunia) dah boleh 'accept'. Pernah bertanyakan pada mak; awat nama kaklong macam nama lelaki?. Jawab mak dengan sempoi. "Itu yang Dato' Dr Mazlan Othman lagilah nama macam lelaki". Siapa gerangan pemilik nama ini? Ingin mengetahui siapa beliau boleh buka di links ini; Dipersilakan 'open';
 
http://en.wikipedia.org/wiki/Mazlan_Othman

Cungkil punya cungkil dari mak siapa pemberi nama along. Rupa-rupanya pakteh (adik mak) yang beri nama itu untuk along. Perancangan asal nama along sepatutnya Nur Shahirul Azni Binti Saidin. Tapi entah kenapa, bila abah pergi register surat beranak lupa nak mengisi nama 'Azni' di sisi Nur Shahirul. Jadi maksud nama Nur Shahirul pun tak 'complete'. Kira-kiranya ayat tergantung gitu.hehehe. 'Nur' dan 'Shahir' ada maksud. 'Nur' maksudnya cahaya dan "Shahir' maksudnya terkenal @ ternama. Azni??..Along tak pasti pula apa maksud nama ini. Cuba search di internet pun tak dapat jawapannya. Mungkin sesiapa yang tahu boleh bagi tahu along ok. 


Along nak share sedikit pengalaman berkaitan dengan nama 'Nur Shahirul' ini. Jom kita tengok pengalaman-pengalaman tersebut.

Pengalaman 1:
Pernah ketika di tingkat 4 dulu, ustaz tengah mengajar subjek Pendidikan Islam. Dipanggil nama along untuk menjawab soalan. Selepas disebut nama along, terus dia menulis ejaan nama 'Nur Shahirul' dalam jawi di atas 'white board'. Direnungnya  nama along lama-lama untuk melihat keunikan nama 'Nur Shahirul". Dia cakap nur ada mksud, shahir ada maksud tapi 'rul' aka wau lam tak ada maksud. Seolah-olah tergantung maksud nama ini. 5-10 min digunakan untuk men'discuss' maksud nama ini.hehehe. Kiranya ustaz along buat 'commercial break' untuk anak-anak muridnya untuk menceritakan kelainan pada nama 'Nur Shahirul' ini. hehehe


Pengalaman 2:
Ketika di uitm, lecturer memanggil nama along untuk menjawab soalan dan wajahnya memandang ke arah kumpulan lelaki di sebelah kiri. Punyalah lecturer itu terkial-kial mencari tangan yang bakal di'angkat' di area kumpulan lelaki, tetapi tak terjumpa sahutan atau tangan 'student'nya itu. Selepas 2 min, baru along angkat tangan untuk menjawab soalan lecturer itu. Laaa rupanya kamu di sana. Saya ingatkan kamu di sini. Dalam hati along, sure lecturer ingatkan tuan punya nama tersebut lelaki kan. hehehe


 

Pengalaman 3:
Pernah along dapat surat rasmi daripada JKNS aka Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Surat itu ditujukan kepada En. Nur Shahirul Binti Saidin. Opss, JKNS tersalah title along la. Tahu la along masih 'Cik' tapi tak yahlah tulis gelaran Encik. Hendak letak gelaran 'Puan' boleh juga. Tapi tunggu sehingga saatnya nanti. wahwahwah. Therefore title 'Puan' can be used. Before that, along hendak bagi kredit kepada JKNS ini sebab 'Binti' pada nama along itu sudah betul. Nasib JKNS tak letak 'bin'. hehehe. Kalau tidak, tak boleh bah kalau kau~~huhuhu

Pengalaman 4:
Tengah khusyuk dispen ubat di kaunter ini. Tiba-tiba seorang pesakit pangkat 'pakcik-pakcik' yang telah habis along dispen ubat kepadanya bersuara. Cik, nama cik macam lelakilah. Along pelik macam manalah pakcik ini tahu nama betul along ini. Rupa-rupanya di sebelah kiri lab coat yang along pakai itu, ada tertera nama penuh di situ. Boleh along lupa pula. Jawapan kepada pakcik itu, nama je lelaki pakcik, tapi saya perempuan ayu pakcik. hehehe. (Ayu saje je along letak kasi cumell cikit, hohoho)...



Pengalaman 5:
Prescription ada masalah. Jadi perlu 'query' doktor untuk bertanya. Housemen yang bertanggungjawab itu di'query'. Selepas di'query' HO tanya nama untuk mengenalpasti siapa yang meng'query'nya. Lantas along bagi tahu nama penuh. Selepas mendengar nama tersebut, terkejut dia. Eh, itu bukan nama lelaki ke?. Jawapan along. Bukan doctor, ini nama perempuan. 



Itulah antara himpunan kisah-kisah menarik berkaitan dengan keunikan nama sebenar along. Apa-apapun along bangga dengan keunikan nama along ini walaupun pernah meng'acah' mak hendak menukar nama along.hehehe.. Saja jelah mak,  kaklong buat begitu. Aishh,,, ingat senang ke nak tukar nama untuk dalam kad pengenalan. Kena pergi mahkamah untuk angkat sumpahlah, kena pergi jabatan pendaftaranlah etc. Uinaaaa, complicated cik kiah ooii...Bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita perolehi daripadaNya.


No comments:

Post a Comment