Nak dijadikan cerita untuk kali ini, along want to share about FIEBA. What is FEIBA?..rasa-rasa ape la maksud perkataan ini kan. Curious kan?. Kali ini nak bercerita sedikit membabitkan my profession. Cewaahh..My profession is to supply medication to the patients in the ward. Dengar macam senangkan?..Memang senang pun. hehehe. Tapi tanggungjawab besar ok, cik kiah naa. Salah supply, lambat supply etc 'cheq' kena jawab naa. Intro cikit pasal my job. hehehe. Menjadi tanggungjawab 'ward supply pharmacist' mendapatkan ubat untuk pesakit dalam ward. Tapi bukan semua ubat ada di hospital tempat anda bekerja . Lain la macam hospital besar-besar macam HKL, Putrajaya, Queen Elizabeth etc, hospital-hospital pakar ini banyak & pelbagai jenis ubatnya. Almaklumlah hospital besar-besar, peruntukannya pun besar-besar. Macam Hospital Tawau ini, walaupun hospital pakar, tak semua kepakaran ada. Banyak juga la specialist dari Hospital Queen Elizabeth yang perlu 'turun padang' ke sini untuk berjumpa dengan pesakit-pesakit.
Pada khamis lepas, clinical pharmacist (Kean Ping) minta tolong di'arrange'kan courier untuk mendapatkan Novoseven & FEIBA daripada HQE1. Specalist HQE1 bermurah hati untuk memberikan kepada seorang pesakit di sini dan juga untuk simpanan khas 'for medical use only' pada masa akan datang. First time along dengar tentang FIEBA & terus bertanyakan pada Kean Ping. Apakah 'item' ini?. Tak pernah pun Hospital Tawau ada 'item' ini. Untuk gapo ini?. Jadi jawablah Kean Ping selepas ditanya soalan begitu. Jadi diteranglah si Kean Ping kepada 'kak along' nya. Panggilan Kean Ping untuk along. hehehe. Rasa cumell plak dia panggil 'kak along'.hihihi...
FEIBA aka Factor VIII Inhibitor Bypassing Activity digunakan untuk merawat pendarahan untuk pesakit hemofilia dan juga boleh juga untuk pesakit bukan hemofilia. (sedang merujuk product leaflet FEIBA - depan mata bolehlah tahu, kalau ditanya on the spot terkial-kial menjawab soalan. hehehe).
Awal-awal tu ingatkan nama penuh FEIBA ni 'Factor Eight Inhibitor Binding Agent'. Suka-suka je along bagi nama baru untuk produk 'human plasma protein' ini. Rupa-rupanya produk ini adalah 'fridge item'. Jadi penghantaran ke Hospital Tawau dari HQE1 adalah di dalam polisterene dan diletakkan 'ice pack' bersama-samanya. Sampai je FEIBA ini terus dimasuk ke dalam fridge. Fridge item should be transported within 24h hours. Kalu tak , rosak la item tu. Dan tidak dilupakan, dibukanya salah satu vial FEIBA ini (yang dihantar total 3 vial) untuk mengambil product leaflet. Menjadi tugas-tugas rasmi pharmacist untuk membaca maklumat-maklumat berkaitan ubat daripada product-product leaflet Product leaflet FEIBA diambil & dibaca untuk pengetahuan dan juga untuk 'works'. Nanda sempat habis membaca di tempat kerja, dibawa balik ke rumah untuk 'tatapan persendirian' sebelum tidur..hehehe. Tak cukup dengan product leaflet, di'search' pula tentang FEIBA di internet. Jadi ber'jumpa'lah laman web rasmi FEIBA ini. So, untuk my rujukan akan datang & untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang FEIBA ini, bolehlah masuk ke laman web rasmi FEIBA. Dialu-alukan untuk membaca. Kita tambah ilmu bersama-sama. hehehe
http://www.feiba.com/
p/s: Gambar yang diambil dari internet tak sama strength dengan yang diperolehi hari itu. 'Pemberian' hari itu ialah FIEBA 500iu/vial.
No comments:
Post a Comment