Wednesday, 26 September 2012

SHORT TRAVEL-KUNAK

Memandangkan cuti 'weekend' lepas takde apa-apa aktiviti, perancangan asal hanya mahu 'lepak-lepak' di 'rumahku syurgaku' (wei along, rumah ko tu rumah bujang jelah. Ape pun tak ada). Tiba-tiba along got a call from Shawn (my friend aka brother) bertanyakan apa aktiviti yang hendak dibuat esok (Ahad). Shawn dan Wak (my juniour aka housemate shawn) bercadang untuk mem'buang' masa, duit dan tenaga pergi jalan-jalan 'area' dekat-dekat sini.  Kebetulan pula, weekend ini along tidak ada jadual untuk bekerja lokum (pharmacist ada buat lokum juga tau, siapa cakap doctor saja ada lokum, tapi untuk yang bekerja di hospital ajelah. Kalu under klinik kesihatan toksah tergedik-gedik nak buat lokum sebab kamu itu office hour..hehehe).  Along bercadanglah juga nak update blog ini di kala Sabtu dan Ahad yang tenang (wei along, takde sapa berminat nak tunggu ko update bloglah, Lainlah macam Fatin Liyana the 'femes' blogger aka medical student, kami semua tertunggu-tunggukan kisah menarik dari dia. Dahlah cumell, bijak, bergaya, cantik, cute,  kiranya complete 'set' gitu). Ini links blogger Fatin Liyana:


Walaupun along tak cumell dan  not so clever girl macam Fatin Liyana, tapi along ada mulut (bibir tebal habaq sat naa), hidung (hidung 'mickey mouse' gitu), pipi (jerawat berkeliaran di sana sini tanpa bagi 'alarm' bila mahu surutnya), mata (sederhana besar) etc., tapi along ini manis juga orangnya (senyuman manis wei habaq mai sat) dan 'medium' clever (sepanjang bergelar student di UiTM Shah Alam/Puncak Alam tak pernah dapat dean list dan tak pernah juga 'gagal' untuk sebarang paper..hahaha)..(Aish along ni ape dia duk merapu sorang-sorang ini, kata mau cerita pasal short travel ke Kunak). 

Baik bah kalu monolog diriku, cerita seterusnya travel ke Kunak pada hari 7 (orang sini panggil Ahad dengan hari 7; Isnin hari-1, Selasa hari-2, Rabu-hari 3 dan seterusnya). Nak dijadikan cerita, kengkawanku janjinya mahu bertolak dari Tawau ke Kunak pukul 6 pagi. Bersiaplah 'cheq' dari 6 pagi lagi selepas solat subuh. Tunggu punya tunggu pukul 8 baru depa mai. Sempat lagi tahu along tolong check slide 'presentation' yang Jas (student pratical) emailkan pagi tu. Sebelum bertolak ke Kunak pergi breakfast dahulu di Restaurant Milah berhampiran rumah. 

Sebelum sampai Kunak, singgah sekejap di Hospital Kunak. Almaklumlah buang apa yang patut.hehehe. Along ini ada syndrom "must urinate after 1-2 hour drinking". Kengkawan sudah cukup mengenali syndrom ini sampaikan menjadi bahan 'seloka di hari raya'. hehehe..(wei along, ko selalu 'hanging out' dengan kaum-kaum lelaki meh?). Disebabkan along ter'dampar' untuk bekerja di Tawau bersama-sama dengan 'university'mate'  lelaki yang kesemuanya dari semenanjung (itulah akibatnya kalau nama pun ala-ala nama 'guy' disangkakan kaum lelaki yang 'kebal' gitu.hahaha), kami di sini sudah menjadi macam satu keluarga (They treat me like their sister, cewahh gitu. We traveled  quite seldom in the past & always gathered with others 'universiti'mate, time itu baru berjumpa dengan member perempuan yg bekerja di sebelah pantai barat Sabah).

Tempat pertama yang ditujui adalah ke pasar ikan Kunak untuk melihat kelainan/keunikannya. (Eh along, Kunak ada keistimewaannya meh??.).Biasalah kalau di tempat orang, orang luar yang mencari untuk melihat keistemewaan di tempat tersebut ('Cheq' pun sama gaks ok, kalau tanya apa yang menarik di Jitra, 'cheq' pun tergagap-gagap mencari jawapannya,,,hehehe). Hendak mengenali Kunak dengan lebih mendalam, sila layari laman web rasmi Pejabat Daerah Kunak. (Walaa wei along, ko siap bagi links tentang Kunak pula. Tahulah sudah mahu dekat pilihanraya kan..dapat komisen meh??..hehehe)..
 

http://www.sabah.gov.my/pd.knk/

Lagi best kalau di'uploadkan' gambar-gambar daripada bercerita. Gambar boleh menceritakan segala-galanya daripada kita membebel yang mungkin boleh memberi salah faham dan penerangan yang tidak betul kepada sesetengah orang lain (walhal malas nak buat essay yang panjang sebab sudah lama meninggalkan 'alam persekolahan'..hehehe). Jom kita saksikan gambar-gambar model-model yang tak cukup syarat menjalankan operasi 'mengenali cara hidup masyarakat lain di bumi Sabah'. 


 Paneh wei~ tengah-tengah hari ke pasar..

 'Junior'nya mengikut langkah perjalanan 'senior'nya...hehehe~

 Apa mau kita beli bah?~...

 Lori-lori pemborong tengah menunggu 'turn' untuk mengisi khazanah-khazanah laut~..

 Salute wei abang-abang ni dengan gagahnya mengangkat bakul-bakul yang berisi ikan~..

 'Sanggar' aka pisang goreng menjadi kemestian orang tempatan~..

 Jom kita terjah jeti ikan Kunak!!!~

 Pendaratan ikan daripada kapal-kapal ikan~..

 Anak-anak tempatan sedang melakukan 'modus operandi'~..

 Inilah model yang tak berbayar sedang berposing di tengah-tengah hari buta..hehehe~

 Alat pengangkutan yang biasa dilihat untuk masyarakat yang menghuni kawasan 'perairan'~..

 Sudah ke pasar ikan, lepas ini kena memasaklah nampaknya~..


 Ikan sembilang yang 'besor-besor'~.

 Ketam-ketam yang masih hidup dan sedang 'berkeliran'.hehehe~

 Beratur kita bah!!! (Cop! aku  di depan sekali na)~

 Antara ikan-ikan yang dijual di sini~..

 Sotong kurita!!. Ingat orang korea saja yang tahu makan sotong ini ke?..Kami di sini pun makan juga tau..hehehe~..

 Ikan 'Jaws' aka ikan jerung~..

Saja meng'gatal'kan diri meng'upload' pic sorang-sorang ala-ala model gitu. Habislah nampak jerawat yang melakukan 'pendaratan' di atas muka..wahwahwah~

 1 'Tampok' bukan 1 'Malaysia' ok~..

 Ikan pari kering~..

Setelah melakukan 'road tour' di pasar ikan Kunak, kami bertanyakan kakak di pasar Kunak tentang tempat-tempat yang menarik di Kunak. Beritahu kakak itu, di sini ada 2 pantai: Pantai Sarina dan lagi satu  pantai yang along lupa namanya (Almaklumlah dah tua.hehehe). Kakak itu bagi tahu pantai Sarina kena melalui Kg Getah. Pergilah kami masuk ke Kg Getah mencari-cari pantai tersebut. Pusing punya pusing last-last kami masuk balik ke Pekan Kunak.hehehe. (Sesuka hati ja kami masuk jalan tanpa bertanyakan orang di situ.. Kononnya yakinlah jalan yang dipilih itu betul).

Akhirnya misi kami telah berjaya walaupun 2 kali kami sesat (Gara-gara masuk 2 jalan  yang salah..hehehe). Sampai saje di Kg Pangi, kami perlu melalui  kawasan kg atas air dulu untuk ke pantai tersebut (kiranya jalan jauh cikitlah). Menurut orang kg di situ lebih senang kalau ikut jalan sekolah yang awal-awal  dilihat tadi tu. (Owh ada dilihat 'time' nak masuk ke kg tadi tu..ok ok pasni dah tau mahu ikut jalan mana nanti..hehehe)
 ok wak, along follow kamu yea. Jangan ko bawa along ke jalan yang 'sesat' lagi naa..huhuhu..(ikut jalan kg Pangi)~

 Rumah atas air~..

 'Rumah atas bot' kaum bajau laut aka pelaut. Sempat buat temubual dengan family kaum bajau laut ini. Asalnya family ini dari Semporna. Setiap 8-10 hari, dyorang 'landing' di kawasan darat untuk mendapatkan keperluan asas~.. 

 Anak kecil family ini takut dengan along. Try nak menyapa terus dia menangis.Terus dia pergi dapatkan ibunya. Tengok di tangan adik ini, alat permainannya 'hidup' tau. Korang ada time 'kecik'kecik' dulu?.. (Adik, kakak bukan mahu buat apa sama kamu bah,,,huhu)~

 'Rumah bot' kaum ini ada burung peliharaan di kurung di sebelah bot tersebut. Tujuaannya untuk dijadikan alat  permainan untuk anak-anak family ini. Perghh semua barang permainan yang anak-anak dyorang main semua yang 'real'.. Hebat wei~..

'Model' yang tak diluluskan oleh sirim mengambil gambar untuk tatapan rakyat jelata..hahaha~

 Pantai Sarina yang berpasir~..

Pantai Sarina yang berbatu~..

Ok, ini sahaja saya melaporkan daripada berita TV 'Along'. Kalau ada cerita yang menarik lagi insyaallah along ceritakan to u all guys. Kepada sesiapa yang rasa menyampah, boleh tukar channel dan kepada  sesiapa yang berminat boleh 'stay tune'...hehehe. Sekian, terima kasih..

Saturday, 22 September 2012

KEUNIKAN NAMA


Pada post yang pertama ada 'dijanjikan' untuk menceritakan tentang nama penuh along 'Nur Shahirul Binti Saidin'. Kepada sesiapa yang tidak mengenali diri ini (cewahh along ini,, mengenali diri ini pula) pasti mengandaikan pemilik nama ini adalah seorang 'gentlemen'kan. Opss I did it again!!!!..Itu tajuk lagu Britney Spears lorr..hehehe. Opss You did it again!!!. I dah biasa tau orang akan terkeliru dengan nama 'Nur Shahirul', a  guy or a girl? Banyak incidence yang mengelirukan orang ramai disebabkan nama along ini. That's why along jarang menggunakan nama penuh dalam aktiviti-aktiviti harian. Mungkin yang melibatkan perkara-perkara rasmi je kot.hehe..(Owh along, ko tak suka nama ko eh??)..Ehmm, mungkin dulu along 'kureng' berkenan dengan nama ini, tapi semenjak mengenali dunia ini (Owh along, dirimu belum cukup matang lagi hendak mengenali dunia) dah boleh 'accept'. Pernah bertanyakan pada mak; awat nama kaklong macam nama lelaki?. Jawab mak dengan sempoi. "Itu yang Dato' Dr Mazlan Othman lagilah nama macam lelaki". Siapa gerangan pemilik nama ini? Ingin mengetahui siapa beliau boleh buka di links ini; Dipersilakan 'open';
 
http://en.wikipedia.org/wiki/Mazlan_Othman

Cungkil punya cungkil dari mak siapa pemberi nama along. Rupa-rupanya pakteh (adik mak) yang beri nama itu untuk along. Perancangan asal nama along sepatutnya Nur Shahirul Azni Binti Saidin. Tapi entah kenapa, bila abah pergi register surat beranak lupa nak mengisi nama 'Azni' di sisi Nur Shahirul. Jadi maksud nama Nur Shahirul pun tak 'complete'. Kira-kiranya ayat tergantung gitu.hehehe. 'Nur' dan 'Shahir' ada maksud. 'Nur' maksudnya cahaya dan "Shahir' maksudnya terkenal @ ternama. Azni??..Along tak pasti pula apa maksud nama ini. Cuba search di internet pun tak dapat jawapannya. Mungkin sesiapa yang tahu boleh bagi tahu along ok. 


Along nak share sedikit pengalaman berkaitan dengan nama 'Nur Shahirul' ini. Jom kita tengok pengalaman-pengalaman tersebut.

Pengalaman 1:
Pernah ketika di tingkat 4 dulu, ustaz tengah mengajar subjek Pendidikan Islam. Dipanggil nama along untuk menjawab soalan. Selepas disebut nama along, terus dia menulis ejaan nama 'Nur Shahirul' dalam jawi di atas 'white board'. Direnungnya  nama along lama-lama untuk melihat keunikan nama 'Nur Shahirul". Dia cakap nur ada mksud, shahir ada maksud tapi 'rul' aka wau lam tak ada maksud. Seolah-olah tergantung maksud nama ini. 5-10 min digunakan untuk men'discuss' maksud nama ini.hehehe. Kiranya ustaz along buat 'commercial break' untuk anak-anak muridnya untuk menceritakan kelainan pada nama 'Nur Shahirul' ini. hehehe


Pengalaman 2:
Ketika di uitm, lecturer memanggil nama along untuk menjawab soalan dan wajahnya memandang ke arah kumpulan lelaki di sebelah kiri. Punyalah lecturer itu terkial-kial mencari tangan yang bakal di'angkat' di area kumpulan lelaki, tetapi tak terjumpa sahutan atau tangan 'student'nya itu. Selepas 2 min, baru along angkat tangan untuk menjawab soalan lecturer itu. Laaa rupanya kamu di sana. Saya ingatkan kamu di sini. Dalam hati along, sure lecturer ingatkan tuan punya nama tersebut lelaki kan. hehehe


 

Pengalaman 3:
Pernah along dapat surat rasmi daripada JKNS aka Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Surat itu ditujukan kepada En. Nur Shahirul Binti Saidin. Opss, JKNS tersalah title along la. Tahu la along masih 'Cik' tapi tak yahlah tulis gelaran Encik. Hendak letak gelaran 'Puan' boleh juga. Tapi tunggu sehingga saatnya nanti. wahwahwah. Therefore title 'Puan' can be used. Before that, along hendak bagi kredit kepada JKNS ini sebab 'Binti' pada nama along itu sudah betul. Nasib JKNS tak letak 'bin'. hehehe. Kalau tidak, tak boleh bah kalau kau~~huhuhu

Pengalaman 4:
Tengah khusyuk dispen ubat di kaunter ini. Tiba-tiba seorang pesakit pangkat 'pakcik-pakcik' yang telah habis along dispen ubat kepadanya bersuara. Cik, nama cik macam lelakilah. Along pelik macam manalah pakcik ini tahu nama betul along ini. Rupa-rupanya di sebelah kiri lab coat yang along pakai itu, ada tertera nama penuh di situ. Boleh along lupa pula. Jawapan kepada pakcik itu, nama je lelaki pakcik, tapi saya perempuan ayu pakcik. hehehe. (Ayu saje je along letak kasi cumell cikit, hohoho)...



Pengalaman 5:
Prescription ada masalah. Jadi perlu 'query' doktor untuk bertanya. Housemen yang bertanggungjawab itu di'query'. Selepas di'query' HO tanya nama untuk mengenalpasti siapa yang meng'query'nya. Lantas along bagi tahu nama penuh. Selepas mendengar nama tersebut, terkejut dia. Eh, itu bukan nama lelaki ke?. Jawapan along. Bukan doctor, ini nama perempuan. 



Itulah antara himpunan kisah-kisah menarik berkaitan dengan keunikan nama sebenar along. Apa-apapun along bangga dengan keunikan nama along ini walaupun pernah meng'acah' mak hendak menukar nama along.hehehe.. Saja jelah mak,  kaklong buat begitu. Aishh,,, ingat senang ke nak tukar nama untuk dalam kad pengenalan. Kena pergi mahkamah untuk angkat sumpahlah, kena pergi jabatan pendaftaranlah etc. Uinaaaa, complicated cik kiah ooii...Bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita perolehi daripadaNya.


APA ITU FEIBA?

Nak dijadikan cerita untuk kali ini, along want to share about FIEBA. What is FEIBA?..rasa-rasa ape la maksud perkataan ini kan. Curious kan?. Kali ini nak bercerita sedikit  membabitkan my profession. Cewaahh..My profession is to supply medication to the patients in the ward. Dengar macam senangkan?..Memang senang pun. hehehe. Tapi tanggungjawab besar ok, cik kiah naa. Salah supply, lambat supply etc 'cheq'  kena jawab naa. Intro cikit pasal my job. hehehe. Menjadi tanggungjawab 'ward supply pharmacist' mendapatkan ubat untuk pesakit dalam ward. Tapi bukan semua ubat ada di hospital tempat anda bekerja . Lain la macam hospital besar-besar macam HKL, Putrajaya, Queen Elizabeth etc, hospital-hospital pakar ini banyak & pelbagai jenis ubatnya. Almaklumlah hospital besar-besar, peruntukannya pun besar-besar.  Macam Hospital Tawau ini, walaupun hospital pakar, tak semua kepakaran ada. Banyak juga la specialist dari Hospital Queen Elizabeth yang perlu 'turun padang' ke sini untuk berjumpa dengan pesakit-pesakit.


 Pada khamis lepas, clinical pharmacist (Kean Ping) minta tolong di'arrange'kan courier untuk mendapatkan Novoseven & FEIBA daripada HQE1. Specalist HQE1 bermurah hati untuk memberikan kepada seorang pesakit di sini dan juga untuk simpanan khas 'for medical use only' pada masa akan datang.  First time along dengar tentang FIEBA & terus bertanyakan pada Kean Ping. Apakah 'item' ini?. Tak pernah pun Hospital Tawau ada 'item' ini. Untuk gapo ini?. Jadi jawablah Kean Ping selepas ditanya soalan begitu. Jadi diteranglah si Kean Ping kepada 'kak along' nya. Panggilan Kean Ping untuk along. hehehe. Rasa cumell plak dia panggil 'kak along'.hihihi...


FEIBA aka Factor VIII Inhibitor Bypassing Activity digunakan untuk merawat pendarahan untuk pesakit hemofilia dan juga boleh juga untuk pesakit bukan hemofilia. (sedang merujuk product leaflet FEIBA - depan mata bolehlah tahu, kalau ditanya on the spot terkial-kial menjawab soalan. hehehe). 

 

 Awal-awal tu ingatkan nama penuh FEIBA ni 'Factor Eight Inhibitor Binding Agent'. Suka-suka je along bagi nama baru untuk produk 'human plasma protein' ini. Rupa-rupanya produk ini adalah 'fridge item'. Jadi penghantaran ke Hospital Tawau dari HQE1 adalah di dalam polisterene dan diletakkan 'ice pack' bersama-samanya. Sampai je FEIBA ini terus dimasuk ke dalam fridge. Fridge item should be transported within 24h hours. Kalu tak , rosak la item tu. Dan tidak dilupakan, dibukanya  salah satu vial FEIBA ini (yang dihantar total 3 vial) untuk mengambil product leaflet. Menjadi tugas-tugas rasmi pharmacist untuk membaca maklumat-maklumat berkaitan ubat daripada product-product leaflet  Product leaflet FEIBA diambil & dibaca untuk pengetahuan dan juga untuk 'works'. Nanda sempat habis membaca di tempat kerja, dibawa balik ke rumah untuk 'tatapan persendirian' sebelum tidur..hehehe. Tak cukup dengan product leaflet, di'search' pula tentang FEIBA di internet. Jadi ber'jumpa'lah laman web rasmi FEIBA ini. So, untuk my rujukan akan datang & untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang FEIBA ini, bolehlah masuk ke laman web rasmi FEIBA. Dialu-alukan untuk membaca. Kita tambah ilmu bersama-sama. hehehe

 

 

 http://www.feiba.com/ 



 

p/s: Gambar yang diambil dari internet tak sama strength dengan yang diperolehi hari itu. 'Pemberian' hari itu ialah FIEBA 500iu/vial. 

Friday, 21 September 2012

TUPPERWARE BERTINGKAT

Rasa macam excited nak mulakan dengan aktiviti blogger. Jadi hari pertama cuba nak post tentang bekas tupperware untuk makanan bertingkat. Biasalah bila dah bekerja ni, tempat kerja menjadi tempat menjalankan aktiviti-aktiviti 'business'. Daripada produk makanan sehinggalah pakaian dan paling 'femes' adalah tupperware. Uinaa~~patutlah ramai orang teringin untuk memiliki produk-produk daripada jenama ini. Tahan lama, kalau rosak boleh tukar balik, cantik design, smart, bergaya lagi mantap bebb. Ini bukan untuk mempromosikan okey. Just sharing why people like to have 'tupperware' for their home's gadget. 

 

Berbalik kepada bekas makanan bertingkat yang ingin diceritakan ini, kak jun (staff di jabatan farmasi Hosp Tawau) bawa katalog tupperware untuk tatapan umum. Jadi membelek-belek la katalog tu. Tiba-tiba terjatuh hati dengan satu 'item' ini.  Warna ungu-pink yang variasi itu yang membuatkan hati ini 'terjatuh hati'. Ehmm, kiranya macam ' love in first sight'. hehehe. Jadi terus meng'order'. Bayar belum lagi. Tunggu gaji masuk dahulu. Ayat yang biasa selalu digunakan kalau membeli di tempat kerja. Entah-entah along seorang je kot yang buat begitu. opssss.. uinaaa...takpe at least hutang 'along' insyaallah akan dibayar nanti yea kak jun. Bukan 'along' yang kutip hutang tapi along @ shahirul datang bagi hutang'nya' balik kepada kak jun. hehehe. 


Plan asal beli bekas itu supaya ada la semangat nak bawa bekal hari-hari ke tempat kerja. Tapi mood memasak ini, ada turun naik nya. Harap-harap dengan adanya bekas ini, mood masak senantiasa berada di aras tinggi graph 'mood memasak'. hehehe. Jom memasak kita bah~~~


Kak Siti (staff senior di farmasi pesakit dalam) cakap anak dara kena rajin masak. Kak min (staff senior) suruh makan banyak sedikit supaya tambah berat. Kata kak min along ini kurus. Tapi memang betul cakap kak min tu, along kena tambah berat. Sekarang nie BMI pun underweight. Jadi kena ada perancangan rapi untuk mendapatkan berat yang ideal so my BMI will become normal. hehehe. Jadi kena rajin-rajinkan diri untuk memasak selepas ini. 





Bekas tupperware bertingkat yang bakal digunakan. Cantik tak warnanya?..hehe

 


Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut atau nak window shopping sila singgah sekejap di laman web tupperware. Ini linknya:
http://www.tupperwaremalaysiaonline.com